Pelajar tingkatan empat pengsan, dipercayai dipukul empat rakan

27 Nov 2025 • 4:13 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang pelajar lelaki tingkatan empat di sebuah sekolah di Sungai Petani ditemukan pengsan dengan kecederaan lebam pada badan selepas dipercayai dibelasah empat rakan sekolah dalam kejadian pada awal pagi Isnin lalu.

Mangsa berusia 16 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolah sekitar jam 9 pagi oleh seorang cikgu sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, ibu mangsa membuat laporan polis sebaik dimaklumkan mengenai kejadian menimpa anaknya.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada pukul 12.10 pagi Isnin di dalam dom asrama sekolah berkenaan.

“Mangsa dikatakan telah memburukkan seorang kawannya di hadapan pelajar lain sebelum empat pelajar yang tinggal satu asrama bertindak memukulnya,” katanya.

Baca juga:

Menurut beliau, mangsa masih sedarkan diri selepas dipukul namun rebah dan pengsan ketika sedang membersihkan diri di tandas.

Susulan itu, polis menahan tiga pelajar lelaki berumur 16 tahun dan seorang lagi berusia 17 tahun yang dipercayai terlibat dalam insiden tersebut.

“Selepas permohonan reman dibuat, Majistret Nor Fazlina Musa hanya membenarkan pelajar lelaki berumur 17 tahun sahaja direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 507B kanun sama, manakala tiga pelajar lain dibebaskan,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved