Pelajar Tingkatan Lima ditahan jual ketum

7 Sep 2023 • 5:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Air ketum yang sudah dibungkus disyaki untuk dijual.

KOTA BHARU - Tindakan seorang remaja berusia 17 tahun cuba melarikan diri ke arah stor dalam sebuah rumah membongkar penyimpanan 7.5 liter air ketum di dalam stor di rumah itu.

Dalam kejadian jam 6.30 petang Rabu, sepasukan polis melakukan serbuan di hadapan sebuah rumah kayu di Jalan Kandis Kampung Telong.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, ketika serbuan remaja yang juga pelajar Tingkatan Lima ditahan dalam stor berkenaan.

"Siasatan mendapati air ketum bernilai RM150 itu disyaki untuk dijual," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Beliau memberitahu, ujian urin pelajar berkenaan didapati negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.

"Pelajar berkenaan direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Sabtu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved