Pelajar Tingkatan Lima Maut: Lima Direman Bantu Siasatan

LocalPolitics
22 Jan 2025 • 3:02 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Lima lelaki termasuk empat pelajar direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes langgar maut seorang pelajar Tingkatan Lima di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu menghala Batu Maung, Bayan Lepas awal pagi semalam.

Memetik laporan Berita Harian, perintah reman itu dikeluarkan Majistret, Chia Huey Ting bermula hari ini hingga Sabtu bagi membolehkan polis menyiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kes pelajar Tingkatan Lima maut

image is not available

Foto: Berita Harian

Empat suspek yang semuanya berusia 16 tahun bersama seorang lagi berumur 21 tahun itu, tiba di pekarangan mahkamah di Balik Pulau jam 8.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, semakan mendapati suspek yang melanggar mangsa dan seorang lagi berusia 21 tahun tiada lesen motosikal.

“Suspek berusia 16 tahun yang melanggar mangsa, menyerah diri di balai polis semalam manakala empat lagi ditahan susulan soal siasat.

“Soal siasat awal mendapati suspek tidak mengenali mangsa kemalangan itu,” katanya hari ini.

image is not available

Foto: MalaysiaGazette

Pelajar Tingkatan Lima maut, cedera parah

Terdahulu, seorang remaja berusia 17 tahun maut selepas dilanggar dan mengalami kecederaan parah pada anggota badan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, jam 4.30 pagi semalam.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Honda C100 dari arah Georgetown menghala ke Batu Maung itu disyaki terbabit dengan aktiviti rempit.

Mangsa mempunyai lesen dan tiada saksi yang tampil untuk membantu siasatan selain mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber:

(Zuhainy Zulkiffli)