Pelajar tingkatan tiga maut, hormati privasi keluarga – JPN Perak

18 Nov 2026 • 9:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar tingkatan tiga maut, hormati privasi keluarga – JPN Perak

IPOH – Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN Perak) menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam atas pemergian seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di negeri ini yang disahkan meninggal dunia di sekolah itu hari ini.

Katanya, pihaknya sedang memantau perkembangan insiden ini secara dekat dan telah mengarahkan sekolah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis.

Jelasnya, pihaknya telah menyelaras agar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta sokongan psikososial diberikan kepada pelajar, guru serta warga sekolah yang terkesan dalam memastikan kesejahteraan emosi mereka diberikan perhatian sewajarnya.

Ujarnya, semua pihak dimohon agar menghormati privasi keluarga dan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, khususnya melalui media sosial, bagi menjaga sensitiviti keluarga serta kelancaran proses siasatan.

Media melaporkan, seorang pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar ditemukan meninggal dunia di kawasan sekolah berkenaan hari ini.

Difahamkan, jenazah mangsa sudah dibawa ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

The post Pelajar tingkatan tiga maut, hormati privasi keluarga – JPN Perak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved