Pelajar Tipu NGO, Guna Duit Bantuan Untuk Berjudi – “Pelajar Tu Dah Dua Tahun Menipu Dan Ada Orang Kenamaan Terkena Juga”

LocalPolitics
23 Oct 2024 • 12:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) telah membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu oleh seorang pelajar lelaki di sebuah universiti di utara.

Memetik dari Harian Metro, Pengerusi CSM, Zuraini Kamal, berkata pelajar itu menghubunginya pada Ahad lalu meminta bantuan dana untuk membiayai yuran pengajiannya sebanyak RM5,000 kerana keluarganya tidak mampu.

Pelajar terbabit memberi alasan dia akan dibuang universiti juga gagal membuat bayaran yuran tersebut.

Saya (Pengerusi CSM), memuat naik status di Facebook saya untuk minta bantuan rakan-rakan untuk bantu dengan beri nombor akaun pelajar itu.

image is not available

Pelajar itu beritahu dia peroleh RM1,176 selepas beberapa jam dan saya cuba hubungi NGO dari Pulau Pinang untuk minta bantuan mereka namun jawapan mereka agak mengejutkan.

Menurutnya, wakil NGO terbabit memberitahu mereka pernah membantu pelajar itu dengan kutipan lebih RM30,000 namun tidak digunakan untuk membayar yuran tapi digunakan untuk berjudi secara atas talian.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata pelajar tersebut telah dipanggil.

Difahamkan tiada kertas siasatan yang akan dibuka kerana pelajar tersebut sudah memulangkan wang berkenaan.

image is not available 23 hours ago

“Operasi Hotel Mengalami Kenaikan Kos” - Kadar Penginapan Hotel Naik Jika Dasar Menginap 23 Jam Dilaksanakan