Pelajar TVET disaran semak penarafan institusi pendidikan sebelum daftar

9 Mar 2024 • 1:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pelajar TVET dinasihatkan memeriksa penarafan institusi pendidikan terlebih dahulu sebelum mendaftar. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Sri Ganes

KUALA LUMPUR - Pelajar yang berminat meneruskan pengajian dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dinasihatkan untuk memeriksa penarafan institusi pendidikan terlebih dahulu, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganes.

Beliau berkata, hal ini penting bagi memastikan kursus yang ditawarkan sesuai dengan permintaan dan kebolehpasaran industri.

Sri Ganes berkata, ranking penarafan kolej-kolej TVET ditentukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi parameter yang telah ditetapkan berdasarkan permintaan dan indikasi holistik daripada penggiat industri bagi mengelak isu ketidakpadanan.

Penilaian itu menurutnya, dijalankan setiap dua tahun untuk memastikan status pelaksanaan program TVET mengikut piawaian KESUMA. Selain itu, institusi pendidikan juga perlu mengemukakan dokumen audit yang akan dilakukan secara fizikal.

"Antara aspek yang diteliti semasa lawatan ialah sama ada fasiliti latihan memenuhi spesifikasi industri atau sebaliknya, pelaksanaan program mengikut kehendak industri, tahap kebolehpasaran graduan TVET, dan penerimaan gaji mengikut kesesuaian industri dan persijilan yang ditawarkan," katanya dalam satu kenyataan.

Sri Ganes menasihati pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang berkenaan supaya menyemak penarafan institusi pendidikan melalui laman web rasmi JPK https://www.dsd.gov.my/.

Anak syarikat SG Education Group, SG Akademi, peneraju utama TVET sejak 2001 menerima penarafan lima bintang bagi 2023 oleh JPK pada minggu lepas, iaitu empat tahun berturut-turut bermula 2019.

Pengiktirafan secara konsisten kepada SG Akademi itu bukan sahaja mengiktiraf sumbangan institusi pendidikan itu kepada kelestarian TVET, malah turut menekankan kepentingan akreditasi kerajaan dalam memastikan kualiti dan kredibiliti program-program TVET di Malaysia.

Penarafan lima bintang itu dianugerahkan kepada 11 program yang ditawarkan SG Education antaranya Pengendalian Dron, Pemerintahan Misi Dron, Penyediaan dan Pembuatan Makanan, Operasi Sistem Komputer, Pentadbiran Sistem Komputer, Pembangunan Kandungan Kreatif, Rekabentuk Multimedia Interaktif, Perkhidmatan Kejuruteraan Automasi Industri, Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri dan Sokongan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri.

Sehingga kini, terdapat sebanyak 1,345 institusi TVET di Malaysia yang membabitkan 12 kementerian selain 94,000 pelajar sedia ada TVET di kolej vokasional dan sekolah menengah teknik. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved