Pelajar TVET mampu bersaing di pentas dunia 

29 Aug 2026 • 11:25 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelajar TVET mampu bersaing di pentas dunia 

PETALING JAYA: Pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia mempunyai kemahiran untuk berdiri sama tinggi di peringkat dunia apabila seorang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai muncul juara dalam bidang Welding dalam Peringkat Akhir Pertandingan Kemahiran Profesional (Professionals) 2026 di Kaluga, Rusia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kejayaan Muhammad Ammar Azli menjadikan sambutan kemerdekaan tahun ini lebih bermakna apabila Jalur Gemilang berkibar hasil pencapaian anak muda dalam bidang TVET.

Beliau berkata, kejayaan tersebut membuktikan anak-anak TVET Malaysia mempunyai bakat dan kemahiran untuk berdiri sama tinggi serta bersaing dengan peserta terbaik di peringkat dunia.

“Alhamdulillah, terasa lebih manis sambutan kemerdekaan tahun ini apabila saya menerima khabar kejayaan adik Muhammad Ammar, pelajar IKBN Wakaf Tapai yang telah mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara dalam bidang Welding pada Final of Professional Skills Championship 2026 di Kaluga, Rusia,” katanya dalam hantaran Facebook.

Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada tenaga pengajar serta seluruh warga IKBN Wakaf Tapai dan Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) yang membimbing serta mempersiapkan Muhammad Ammar sehingga mencapai kejayaan berkenaan.

Menurutnya, Muhammad Ammar bakal meneruskan cabaran negara apabila menyertai WorldSkills Shanghai 2026 pada September ini.

“Selepas Rusia, adik Muhammad Ammar bakal membawa cabaran negara ke WorldSkills Shanghai 2026 pada September nanti.

“Teruskanlah melangkah dengan penuh keyakinan dan berikan yang terbaik untuk Malaysia,” katanya.

Beliau berharap kejayaan Muhammad Ammar menjadi pembakar semangat kepada lebih ramai anak muda untuk melihat TVET sebagai laluan membina kemahiran, kerjaya dan masa hadapan. – UTUSAN

The post Pelajar TVET mampu bersaing di pentas dunia  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved