Pelajar Universiti Disyaki Tipu NGO, Orang Awam Direman

LocalPolitics
24 Oct 2024 • 12:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar BERNAMA

JITRA - Seorang pelajar lelaki sebuah universiti direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan orang awam dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Perintah reman terhadap pelajar berusia 23 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurul Huda Idris di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Semalam, wakil NGO dari Pulau Pinang Eng Hiap Boon mendakwa lebih 20 NGO di seluruh negara sudah menjadi mangsa penipuan pelajar itu namun tidak melaporkannya kerana pelajar itu mengugut untuk membunuh diri.

Difahamkan modus operandi pelajar terbabit adalah dengan memohon bantuan kewangan daripada NGO mahupun individu dengan mereka-reka cerita, antaranya dia diugut ah long dan memerlukan bantuan untuk perubatan, selain menipu perlu membayar yuran pengajian universiti.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan mengesahkan penahanan pelajar lelaki itu kira-kira 4 petang semalam ketika dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - BERNAMA