Pelajar USAS lemas ketika mandi air terjun

7 Jun 2023 • 5:36 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Perkelahan sekumpulan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas ketika mandi di Air Terjun Batu Hampar di Hutan Simpan Laneh Padang Rengas, dekat sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.19 pagi sebelum sepasukan anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal, mangsa Muhamad Arif Arsyad Md Salleh, 23, dipercayai lemas kira-kira 20 minit sebelum ketibaan anggota bomba dan telah dibawa naik oleh rakan-rakannya.

“Setibanya anggota bomba di lokasi kejadian anggota bomba telah melakukan teknik resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa dan menyerahkannya kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved