Pelajar USIM Dilantik Sebagai Imam Tarawih Berangkat Ke Osaka

17 Feb 2026 • 12:31 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sekumpulan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berlepas ke Osaka, Jepun bagi menjalankan tugas sebagai imam solat tarawih Ramadan kali ini.

Perkara itu dimaklumkan pihak universiti menerusi perkongsian di ruangan Story di laman Instagram rasminya.

Difahamkan, seramai 11 orang pelajar terpilih menjadi imam solat Tarawih sepanjang Ramadan menerusi Program Imam Tarawih Pelajar USIM di Osaka.

Program berkenaan merupakan inisiatif Kumpulan Penyelidik Iqra Centre di bawah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) USIM.

Menurut kenyataan berasingan, kumpulan pelajar tersebut bakal menggalas amanah tersebut bermula 16 Februari hingga 23 Mac 2026.

Digerakkan sebagai satu inisiatif akademik serta dakwah, program tersebut bertujuan menyediakan pelajar berkelayakan untuk berkhidmat sebagai imam dalam masyarakat minoriti Muslim.

Membawa satu kelainan berbanding tahun sebelum ini, seorang imam jemputan dari Brunei Darussalam turut terlibat.

Baca juga:

Pengalaman Sebagai Imam Tarawih Di Osaka, Ruang Terbaik Buat Pelajar USIM

Naib Canselor USIM, Prof Datuk Ts Dr Sharifudin Md Shaarani berkata, penglibatan pelajar dalam program itu mencerminkan keyakinan komuniti Muslim Jepun terhadap kualiti pelajar dan pendekatan pendidikan Islam universiti berkenaan.

“Saya melihat peluang ini sebagai satu ruang terbaik untuk pelajar USIM mempraktikkan ilmu yang dipelajari, di samping membawa imej institusi yang menekankan integrasi ilmu Naqli dan Aqli dalam pengajian.

“Pengalaman berkhidmat sebagai imam di peringkat antarabangsa ini bukan sahaja menguji keupayaan ilmu dan kemahiran pelajar, malah membentuk keperibadian serta kefahaman mereka dalam konteks masyarakat yang lebih luas,” ujar beliau.