Pelakon Aksi Dan Suara Permainan Video Mogok Kerana Isu Penggunaan AI

TechnologyGamingDigital
26 Jul 2024 • 10:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lalu pelakon dan penulis Hollywood yang merupakan ahli Persatuan Pelakon Skrin – Persekutuan Artis Televisyen dan Radio Amerika (SAG-AFTRA) melakukan mogok selama 118 hari bagi memastikan rupa serta karya mereka tidak digunakan untuk melatih kecerdasan buatan (AI). Mogok hanya selesa selepas Perikatan Penerbit Filem dan Televisyen (AMPTP) bersetuju dengan beberapa permintaan seperti memberikan perlindungan terhadap hak cipta intelek dan hak imej.

image is not available

Hari ini pelakon suara dan tangkapan aksi (motion capture) yang merupakan ahli SAG-AFTRA mengumumkan mogok ke atas syarikat permainan video seperti Activision, Blindlight, Disney Character Voices, Electronic Arts, Insomniac Games, Take 2 , VoiceWorks Production dan WB Games. Ini adalah kerana persetujuan mengenai penggunaan AI gagal dipersetujui walaupun perbincangan telah dilakukan lebih 18 bulan lamanya.

Keputusan untuk mogok dipersetujui oleh 98.32% ahli yang melakukan undian. Akibat daripada mogok ini, pembangunan seperti GTA 6 adalah antara yang akan terkesan. Permainan ini dijadualkan mula dijual musim luruh 2025.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved