Pelakon China Meninggal Dunia Disyaki Dijangkiti Virus Influenza

WorldEntertainment
6 Feb 2025 • 2:05 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor The Star.

Pelakon China meninggal dunia akibat komplikasi

image is not available

Foto: The Star

Kematian mengejut itu berlaku ketika dunia hiburan masih berduka susulan kehilangan aktres Taiwan, Barbie Hsu yang meninggal dunia akibat radang paru-paru yang juga berkaitan dengan influenza.

Menurut media China, Liang mula menunjukkan simptom ringan dan didiagnosis dengan selesema biasa, tetapi keadaannya bertambah teruk dengan jangkitan sistem saraf pusat (CNS).

Walaupun diberikan rawatan kecemasan, dia meninggal dunia di hospital pada hari kedua Tahun Baharu Cina.

image is not available

Foto: The Star

Laporan menyatakan bahawa tiada ahli keluarga yang berada di hospital bersamanya ketika dia menghembuskan nafas terakhir.

Untuk rekod, Liang pernah membintangi drama seperti Echo Of Her Voice (2024) dan My Heart (2021), serta dijadualkan menjayakan siri yang akan datang, It Girl In Tang Dynasty.

Satu lagi laporan mendedahkan bahawa mesej terakhir Liang adalah untuk ibunya pada malam Tahun Baru Cina, apabila mendiang memberikan wang angpau elektronik sebanyak 888 yuan (RM540) dan menyatakan bahawa ia daripada pasukan produksinya.

Netizen mendakwa bahawa kematian aktor ini mungkin disebabkan oleh komplikasi selesema Jenis A sama seperti Hsu, namun perkara tersebut belum disahkan secara rasmi.

Sumber: The Star