Pelakon didakwa belasah teman wanita, tumbuk mata sebelah kiri & badan

8 Jul 2024 • 1:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang pelakon didakwa belasah teman wanita dalam sebuah kejadian di Ara Damansara, Petaling Jaya, di sini, awal pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismail, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6 petang, semalam.

Pelakon didakwa belasah teman wanita

Berdasarkan laporan, kejadian berlaki kira-kira jam 3 pagi di mana mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek.

Difahamkan, suspek memarahi mangsa disebabkan perselisihan faham yang berlaku antara mereka.

“Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara kira-kira jam 4 pagi,” katanya, hari ini.

image is not available

Marah, tumbuk mata & badan teman wanita

Tambah Shahrulnizam, sebaik sahaja tiba, mangsa kemudiannya masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.

Suspek secara tiba-tiba memarahinya dan terus menumbuk sebelah mata kiri serta badan mangsa.

image is not available

Shahrulnizam berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sea Park berhubung kejadian terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.image is not available

Sumber: Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin)