Pelakon filem 'John Wick', Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Entertainment
18 Mar 2023 • 5:43 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Lance Reddick - Gambar dari Twitter @lancereddick

WASHINGTON - Pelakon Lance Reddick, yang terkenal dengan wataknya dalam filem John Wick dan The Wire, meninggal dunia pada Jumaat di kediamannya di Los Angeles, hanya seminggu sebelum John Wick Chapter 4 (Siri Keempat) disiarkan.

Dua minggu sebelum itu, Reddick menghadiri sidang media di Los Angeles untuk mempromosikan filem itu, lapor United Press International (UPI).

Reddick membintangi keempat-empat filem John Wick, bermula dengan filem asal pada 2014 sebagai Charon.

Reddick, 60, dilahirkan di Baltimore, dan terkenal dengan wataknya sebagai Lt. Cedric Daniels iaitu anggota polis Baltimore dalam drama HBO, dari 2002 hingga 2008.

Sebelum John Wick, Reddick muncul dalam filem termasuk The Guest, White House Down, Jonah Hex dan Don't Say a Word. - Bernama