Pelakon Indonesia Kongsi Foto Mesra Dengan Anna Jobling, Siap Emoji ‘Love’

Entertainment
11 May 2026 • 12:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Perkongsian gambar menunjukkan aktor Indonesia, Karel Susanteo bersama pelakon jelita Anna Jobling menarik perhatian ramai di media sosial.

Mana tidaknya, foto hitam putih yang dimuat naik Karel di Instagram memperlihatkan chemistry mereka berdua sehingga ramai peminat mula ‘ship’ pasangan selebriti ini.

Foto mesra undang perhatian ramai

Image from: Pelakon Indonesia Kongsi Foto Mesra Dengan Anna Jobling, Siap Emoji ‘Love’
Kredit: Instagram Karel Susanteo

Menerusi perkongsian tersebut, Karel hanya meninggalkan kapsyen ringkas iaitu emoji ‘love’ putih yang membuatkan ramai netizen mula tertanya-tanya.

Apa yang lebih mencuri perhatian, Anna turut membalas komen itu dengan emoji cute beserta emoji ‘love’.

Perkongsian itu terus dihujani komen netizen yang rata-ratanya teruja melihat keserasian mereka berdua.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai hubungan sebenar mereka.

Pssttt! Netizen memang pantang nampak artis kongsi gambar sweet sikit, terus mula buat spekulasi. Kalau betul bercinta, kita doakan yang terbaik untuk Anna dan Karel ya.

Kredit: Instagram Karel Susanteo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Pelakon Indonesia Kongsi Foto Mesra Dengan Anna Jobling, Siap Emoji ‘Love’ appeared first on Oh! Media.
View Original Article