Pelakon Indonesia, Pevita Pearce bergelar menantu bos Habib Jewels

LocalEntertainment
21 Oct 2024 • 10:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pevita Pearce sah sebagai isteri dan diraikan dalam satu majlis resepsi pernikahannya dengan Mirzan Meer.

HUJUNG minggu lalu, pelakon ternama Indonesia, Pevita Pearce disahkan sebagai isteri dan diraikan dalam satu majlis resepsi pernikahannya dengan Mirzan Meer iaitu anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib dan Datin Seri Zarida Noordin.

Majlis yang diadakan dalam suasana sederhana dengan dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan itu.

“Hari ini, dengan cinta yang damai, kehadiran orang yang tersayang. Kami disatukan,” tulis Pevita dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya yang diikuti oleh 18.2 juta pengikut itu.

Turut meraikan pasangan pengantin ialah penyanyi terkenal Indonesia, Afgan.

Difahamkan Mirzan Meer merupakan Pengarah di Time Zone Group yang juga anak syarikat Kumpulan Habib.

Pevita, 32, sebelum ini sangat masyhur menerusi lakonannya sebagai Hayati dalam filem mega Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (2013). - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved