Pelakon Kamal Bakar meninggal dunia

25 Jun 2024 • 6:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka pada pagi Selasa.

MELAKA - Pelakon veteran, Kamaruldzaman Bakar, 62, meninggal dunia di Hospital Melaka di sini pada jam 1.10 pagi Selasa.

Berita itu disahkan anak bongsunya, Haiqal menerusi mesej WhastApp setelah bapanya dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan akibat kanser paru-paru tahap empat.

"Dimaklumkan ayah saya Kamal Bakar telah meninggal dunia... minta jasa baik semua untuk doakan ayah saya," katanya ringkas.

Allahyarham yang juga kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru selepas solat Zuhur.

**media[2701594]**

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Sarinah Shariff dan lima anak termasuk pelakon, Muhammad Hanis, 35.

Sinar Harian pada Sabtu lalu melaporkan Allahyarham berada dalam keadaan tenat sejak dua minggu dirawat di hospital berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya sulungnya, Muhammad Hanis menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Pada 3 Jun lalu, Kamal telah dikejarkan ke Hospital Melaka selepas keluarganya bimbang dengan perubahan sikap termasuk keadaan kesihatan yang semakin merosot ditunjukkan oleh aktor tersebut.

Susulan itu, Kamal dilapor telah ditidurkan akibat komplikasi paru-paru dan kekurangan oksigen.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved