Pelakon Kim Sae-Ron Ditemukan Meninggal Dunia

WorldEntertainment
16 Feb 2025 • 8:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pelakon Kim Sae-Ron Ditemukan Meninggal Dunia

Pelakon Korea Selatan, Kim Sae-ron, 24, ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Seongdong-gu, Seoul, pada Ahad.

Menurut laporan, seorang rakan Kim menemui beliau tidak bernyawa di rumahnya sekitar jam 4.50 petang dan segera menghubungi pihak polis.

Polis Seoul mengesahkan kejadian tersebut dan menyatakan bahawa tiada tanda-tanda pencerobohan ditemui di lokasi.

Bagaimanapun, punca kematian masih dalam siasatan lanjut.

Untuk info, Kim memulakan kerjaya lakonannya pada usia sembilan tahun dengan filem “A Brand New Life” pada tahun 2009.

Beliau meraih populariti menerusi filem aksi “The Man from Nowhere” pada 2010 dan filem thriller “The Neighbor” pada 2012.

Drama bersiri “Bloodhounds” yang ditayangkan pada 2023 merupakan karya terakhirnya.

Pada Mei 2022, Kim terlibat dalam insiden memandu di bawah pengaruh alkohol yang menyebabkan kerosakan harta benda awam di Gangnam, Seoul.

Akibatnya, beliau dikenakan denda sebanyak 20 juta won (kira-kira RM70,000) pada April 2023 dan kerjaya lakonannya terhenti sejak itu.