Pelakon Hisyam Hamid tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya pernah mengunjungi kediaman aktres Erysha Emyra seperti yang tular di media sosial sebelum ini.
Menurut Hisyam, 40, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar dan berpendapat gosip berkenaan mungkin timbul kerana mereka kini sedang bergandingan dalam drama Ikatan Terlarang.
AdvertisementView this post on Instagram
“Bagi saya, gosip itu tidak normal untuk saya sebab saya tak pernah lagi dapat gosip sebegitu sebelum ini. Tapi mungkin sebab dia (Erysha) datang dari satu generasi yang berbeza, yang lebih kepada media sosial. Maka timbul gosip sedemikian.”
“Mungkin sebab kami tengah bekerjasama juga dalam drama Ikatan Terlarang, jadi mungkin sebab itu nama saya pun terjebak sekali. Tapi ia bukan sesuatu yang membuatkan saya rasa bimbang. Saya menafikan dakwaan tersebut.”
Hisyam berkata demikian ketika ditemui pada program MeleTOP yang berlangsung di Astro Bukit Jalil pada Selasa.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Hisyam mengakui berasa kecewa dan marah dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya, namun memilih untuk tidak terlalu memikirkan perkara tersebut.
“Sudah tentu saya rasa kecewa, marah dan saya tak tahu apa tujuan individu tersebut untuk menjatuhkan dia atau saya. Saya tak jangka akan terlibat dalam kontroversi tapi macam saya cakap ia bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan. Just move foward dan akaun tersebut pun dah tak ada.”
Mengulas mengenai kesan kontroversi tersebut, Hisyam berkata Erysha merupakan individu yang paling terkesan kerana ketika isu itu timbul, aktres berkenaan sedang berdepan saat sukar apabila bapanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Pada masa sama, Hisyam menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar rakan dan teman sekerja.
“Perbezaanya kami sekarang tengah bekerjasama dekat set yang sama, jadi mungkin ia menjadi lebih menarik perhatian. Tapi tiada cinta-cinta la. Cinta sayang sebagai kawan dan teman sekerja.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ikatan Terlerai, Pelakon Sharifah Husna Dan Halim Radzi Sudah Bercerai
The post Pelakon Lelaki Bergelar Duda Didakwa ‘Berkunjung’ Ke Rumah Aktres, Tuan Badan Buka Mulut – “Saya Sayang Dia Sebagai…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




