Pelakon Lelaki Ditahan Miliki Dadah Jenis Syabu Kali Kedua, Dahulu Tokan Ganja

Entertainment
12 Mar 2023 • 10:06 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pelakon terkenal Indonedia, Ammar Zoni kini sedang berada dalam tahanan pihak berkuasa setelah ditangkap atas penggunaan bahan terlarang iaitu dadah.

Ammar yang juga pelakon filem Madu Murni itu ditahan di kediamannya pada petang 6 Mac lalu bersama dua orang lagi iaitu pemandu dan juga rakannya.

image is not available

Sumber : Google  

Difahamkan, Ammar ditangkap setelah memesan dadah jenis syabu di Kampung Boncos, Palmerah, Jakarta Barat.

Polis menemui 1 gram syabu dan ketiga-tiganya juga positif dadah menerusi ujian air kencing.

Sebelum ini, suami kepada pelakon Irish Bella ini pernah ditangkap atas penggunaan dadah jenis ganja pada tahun 2017.

image is not available 4 hari lalu

Selamba Cium Heroin Waktu Sambut 'Birthday', Teruk Pelakon Lelaki Popular Dikecam Netizen