Pelakon meninggal dunia selepas pengsan sewaktu siaran langsung di TikTok

Entertainment
21 Jun 2026 • 6:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelakon meninggal dunia selepas pengsan sewaktu siaran langsung di TikTok
Icuk Nugroho yang meninggal dunia pada 20 Jun sebelum itu sempat pengsan sewaktu bersiaran langsung sebelum dibawa ke hospital.

SEORANG pelakon sinetron terkenal Indonesia, Preman Pensiun disahkan meninggal dunia selepas pengsan saat melakukan siaran langsung di TikTok.

Icuk Nugroho yang meninggal dunia pada 20 Jun sebelum itu sempat pengsan sewaktu bersiaran langsung sebelum dibawa ke hospital.

Allahyarham bagaimanapun meninggal dunia selepas beberapa hari menerima rawatan di hospital, lapor Kompas.

Icuk didakwa koma sebelum menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun.

Bagaimanapun punca sebenar kematian Icuk tidak diketahui. Seorang sahabatnya, Dihaw Ableh memberitahu: “Kronologinya tidak jelas.

“Yang saya tahu dia pengsan lalu dilarikan ke rumah sakit. Kemudian sempat disahkan ada sakit jantung lalu kena stroke juga.”

Icuk membawa watak pencuri bernama Saep Copet dalam sinetron tersebut. Sebelum ini, sudah ada beberapa pelakon Preman Pensiun yang meninggal dunia. Mereka termasuklah Didi Petet, Epy Kusnandar, Firmansyah Pitra sehingga Muhammad Jamasari.

Selain Preman Pensiun, Icuk juga pernah terlibat dalam sejumlah projek lain seperti KNK: Santa Claus dari Jakarta?, Ajojing: Anang - Jojo - Iing dan Orang Dalam. - Gempak 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved