Pelakon Muat Naik Gambar Kahwin, Tetapi Kapsyen Pula Jadi Perhatian Netizen Sarawak

13 Oct 2022 • 3:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelakon tempatan memuat naik gambar semasa penggambaran untuk sebuah drama bersiri

Pelakon Muat Naik Gambar Kahwin, Tetapi Kapsyen Pula Jadi Perhatian Netizen Sarawak. Terbaharu tular di laman Facebook di mana artis tempatan kita, Azira Shafinaz memuat naik gambar dirinya berpakaian serba putih dan sejambang bunga duduk di atas pelamin.

Semestinya Azira nampak cantik dalam gambar tersebut, kecantikan pelakon wanita membuatkan ramai yang memuji dan terpesona dengan beliau. Akan tetapi, kapsyen yag dimuat naik beserta gambar tersebut telah menarik perhatian netizen Sarawak.

image is not available
Pelakon Muat Naik Gambar Kahwin, Tetapi Kapsyen Pula Jadi Perhatian Netizen Sarawak

Beliau memuat naik gambar dirinya beserta kapsyen ‘#ijabkabut’ dan disertakan sekali emoji cincin dan hati.

Beliau memuat naik gambar tersebut semasa penggambarannya di Royale Chulan, Kuala Lumpur. Kapsyen beliau telah menarik perhatian netizen Sarawak

Perkataan kabut ini membawa maksud kepada terburu-buru jika diikutkan dalam Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun, kabut ini juga membawa maksud lain bagi kaum Melanau yang menetap di Sarawak.

https://www.facebook.com/officialazirashafinaz/posts/pfbid0XyY8ampWJH1wzywr7Eq7XaQt1jWQ8yZhoEQFBVCnu6hYZMaESXk5etnU3dUN7Mwol

Lahh bukan typo lah guyss..

Perkataan itulah yang menarik perhatian netizen Sarawak kerana ianya membawa maksud ‘pungg*ng’. Netizen Sarawak menyangkakan bahawa pelakon wanita tersebut typo dalam kapsyennya, rupa-rupanya beliau sedang mempromosikan drama bersirinya iaitu Ijab Kabut yang sedang ditayangkan.

Gambar tersebut telah diambil semasa penggambaran untuk drama bersiri yang sedang ditayangkan (ongoing) di Viu.

Berikut adalah komen netizen:

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

Haa jangan main terjah terus tau guys, tu nama drama diorang yang tengah shooting tuimage is not available

Lagi artikel menarik anda boleh lihat pautan di bawah: