Pelakon Popular Minta Maaf Kerana Hodoh, Nampak Gemuk Dalam Drama

Entertainment
24 Jan 2024 • 3:45 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon popular China dikenali sebagai Mao Xiaohui minta maaf kerana hodoh kepada peminatnya selepas tidak mencapai kehendak mereka.

Peminat kritik penampilan hodoh

Memetik laporan dari Korea Boo, Mao Xiohui membuat permohonan maaf secara terbuka kepada peminatnya susulan berpenampilan kurang cantik dalam drama terbaharu lakonannya berjudul The Legend of Sword and Fairy 4.

“Saya minta maaf kerana kelihatan hodoh di hadapan semua. Saya mahu anda semua tutup mata ketika menonton. Anggap ia seperti sebuah drama radio,” ujarnya.

image is not available

Pelakon popular minta maaf kerana hodoh, akui nampak gemuk dalam drama

Difahamkan, dia telah berusaha sedaya upaya untuk menurunkan berat badan dalam drama tersebut namun masih dianggap gemuk oleh peminatnya.

“Saya telah menjalani diet untuk turunkan berat badan namun masih nampak gemuk. Ya, saya gemuk. Susah untuk saya turunkan berat badan,” katanya lagi.

image is not available

Terdahulu, Mao Xiohui yang memegang watak sebagai Liu Mengli telah membuat 10 catatan berbeza di platfrom media sosial China, Weibo merespon kritikan yang diterima susulan penampilan serta lakonannya dalam drama terbabit.

Dia dikatakan gagal memberi lakonan serta persembahan yang baik dalam drama berkenaan dan pelbagai kata-kata kasar diterimanya.

Sumber: koreaboo

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved