Pelakon Razak Ahmad Kini Bergelar Datuk

LocalEntertainment
28 Oct 2025 • 5:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pelakon Razak Ahmad Kini Bergelar Datuk

Pelakon dan penggiat seni, Abdul Razak Ahmad merupakan antara 50 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Untuk makluman, Abdul Razak menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang turut membawa gelaran Datuk.

Menurut beliau, penganugerahan tersebut bukan sekadar pengiktirafan peribadi, tetapi turut menjadi satu amanah besar yang harus digalas dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.

“Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas penganugerahan gelaran Datuk yang amat bermakna ini.

“Penganugerahan ini bukan sekadar satu pengiktirafan peribadi, tetapi juga satu amanah besar yang perlu digalas dengan penuh integriti, tanggungjawab dan dedikasi.

“Saya menerima gelaran ini sebagai dorongan untuk terus menyumbang kepada agama, bangsa dan negara dengan lebih tekun dan ikhlas,” ujar beliau menerusi laman Facebook.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan doa sepanjang perjalanan kariernya.

“Terima kasih juga kepada keluarga tersayang, rakan-rakan, dan semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan doa sepanjang perjalanan ini.

“Tiada kejayaan yang datang tanpa kerjasama, kepercayaan dan kasih sayang dari insan-insan yang hebat di sekeliling saya.

“Semoga saya terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan keikhlasan dalam memikul tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya,” tambahnya.

image is not available
Gambar: Razak Ahmad/FB

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut nyata dibanjiri ucapan tahniah daripada para peminat yang mengikuti perjalanan karier beliau sejak sekian lama.

Tahniah diucapkan.

Sumber: Razak Ahmad