Pelakon Suara Jujutsu Kaisen Failkan Saman Terhadap TikTok Atas Dakwaan Suara Ditiru AI

EntertainmentTechnology
28 Sep 2026 • 1:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Isu hak cipta bukan perkara baharu. Terkini, pelakon suara Jepun Kenjiro Tsuda yang terkenal sebagai Kento Nanami dalam Jujutsu Kaisen dan Seto Kaiba dalam Yu-Gi-Oh! telah memfailkan saman terhadap TikTok kerana suaranya didakwa ditiru AI tanpa kebenaran. Suara Tsuda digunakan dalam video oleh akaun tanpa nama yang memiliki lebih 200,000 pengikut dan menjana pendapatan sekitar 500,000 yen (~RM13,400) sebulan.

Image from: Pelakon Suara Jujutsu Kaisen Failkan Saman Terhadap TikTok Atas Dakwaan Suara Ditiru AI

Kes ini menjadi amaran jelas tentang ancaman peniruan suara terhadap identiti artis. Suara pada asasnya bukanlah sekadar bunyi tetapi hasil latihan yang membentuk penjenamaan seseorang. Jika ditiru tanpa izin, ia bukan sahaja menjejaskan pendapatan malah boleh merosakkan reputasi dan menjejaskan keaslian karya seni.

Image from: Pelakon Suara Jujutsu Kaisen Failkan Saman Terhadap TikTok Atas Dakwaan Suara Ditiru AI

TikTok berkata bahawa suara yang digunakan hanyalah suara lelaki biasa dan persamaan dengan suara Tsuda adalah sekadar pandangan individu. Namun begitu, Tsuda menuntut mahkamah supaya suara diiktiraf sebagai sebahagian daripada identiti yang dilindungi undang-undang.

Tuntutan ini dianggap kes pertama di Jepun berkaitan perlindungan suara daripada AI. Pada masa sama, pelakon suara lain melancarkan kempen “No More” bagi menentang penggunaan suara tiruan tanpa izin kerana mereka khuatir masa depan artis muda akan terancam sekiranya keputusan tidak memihak kepada Tsuda.

Image from: Pelakon Suara Jujutsu Kaisen Failkan Saman Terhadap TikTok Atas Dakwaan Suara Ditiru AI
Kento Nanami – Jujutsu Kaisen

Isu ini bukan hanya melibatkan Jepun tetapi turut menjadi perhatian antarabangsa. Banyak negara belum mempunyai undang-undang khusus untuk melindungi suara daripada AI. Kes Tsuda juga berpotensi menjadi rujukan penting bagi industri kreatif global.

Di Jepun, undang-undang tidak menyebut secara khusus tentang suara. Namun begitu, Kementerian Kehakiman telah mengeluarkan garis panduan yang menegaskan suara adalah simbol keperibadian dan termasuk dalam hak publisiti. Keputusan mahkamah Tokyo dijangka diumumkan pada Rabu ini dan bakal menarik perhatian kerana suara Tsuda sangat dikenali.

Sumber – The Japan Times

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved