Pelakon Terkemuka James Earl Jones Meninggal Dunia

TechnologyDigital
10 Sep 2024 • 5:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

James Earl Jones, pelakon yang terkenal dengan suara ikonik dalam filem serta animasi telah meninggal dunia pada usia 93 tahun. Dalam kerjaya merentasi 62 tahun, mendiang Jones telah membintangi lebih 190 filem serta siri TV. Beliau terkenal di kalangan peminat filem sebagai suara Darth Vader dalam siri Star Wars dan juga Mufasa dalam siri filem The Lion King.

image is not available

Bagi peminat permainan video pula, beliau memegang watak General James Solomon dalam permainan video Command & Conquer : Tiberian Sun. Beliau kali terakhir aktif berlakon pada tahun 2022 apabila sekali lagi meminjamkan suara kepada watak Darth Vader dalam siri TV Obi Wan Kenobi untuk Disney+. Mendiang adalah sebilangan kecil artis di dunia yang memenangi anugerah EGOT.

Kerana sudah agak berusia dan uzur, Jones menjual hak suara beliau kepada syarikat AI dua tahun yang lalu membolehkan suara mendiang digunakan walaupun selepas telah meninggal dunia. Selamat tinggal James Earl Jones, terima kasih untuk memori-memori semasa kami masih membesar.