Pelakon Terkenal Didakwa 2 Tahun Tak Bayar Sewa, Anggap Pemilik Rumah ‘Terdesak’ – “Sabar Dan Berdoa…

LocalEntertainment
2 Mar 2026 • 3:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Isu membabitkan seorang pelakon filem dan drama terkenal hangat diperkatakan di media sosial selepas seorang individu mendakwa selebriti berkenaan gagal membayar sewa rumah selama dua tahun.

Lebih mengejutkan, pelakon itu didakwa menuduh pemilik rumah sebagai ‘terdesak’ apabila diminta menjelaskan bayaran tertunggak.

Advertisement

image is not available

image is not available

Menerusi satu perkongsian yang tular, tuan rumah berkenaan mendakwa telah menyediakan kediaman dalam keadaan baik untuk penyewa tersebut. Namun selepas dua tahun diduduki, rumah berkenaan dikatakan mengalami kerosakan teruk sehingga memerlukan kos baik pulih mencecah ribuan ringgit.

Individu itu turut memuat naik beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp yang menunjukkan dia berkali-kali bertanya mengenai bayaran sewa. Namun menurutnya, jawapan yang diterima amat mengecewakan dan tiada penyelesaian konkrit diberikan.

image is not available

image is not available

Difahamkan, penyewa tersebut telah pun keluar dari kediaman berkenaan, namun tunggakan sewa selama dua tahun masih belum dilunaskan sepenuhnya.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pelakon yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut. Isu berkenaan terus menjadi perbualan netizen yang menunggu penjelasan lanjut daripada pihak terlibat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-03-02 11:37:16

(VIDEO) Amira Othman & Fattah Amin Tegur 'Haters' Gara-Gara Dikecam Melampau - "Kenapa Stalk Kami? Kau Kenapa Nyah?"

The post Pelakon Terkenal Didakwa 2 Tahun Tak Bayar Sewa, Anggap Pemilik Rumah ‘Terdesak’ – “Sabar Dan Berdoa… first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.