Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

Entertainment
27 Apr 2024 • 2:17 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara

Berita gembira itu dikongsikan oleh empunya diri atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, menerusi hantaran di Instagram.

image is not available

Dalam pada itu isteri kesayangan aktor Kamal Adli menerusi kapsyennya meluahkan rasa syukur kerana proses melahirkan bayi perempuan yang seberat 2.72 kilogram itu dipermudahkan.

Pasangan itu juga sepakat memilih nama Uqaira buat puteri sulung mereka.

Alhamdulillah selamat melahirkan my little princess subuh tadi. Welcome to the world, sayangku. I love you so much Uqaira sayang.

Uqasha sempat berkongsi foto pertamanya bersama Uqaira.

image is not availableSekadar makluman, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Kali pertama beliau keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!