Pelakon Veteran, Roslan Saleh Meninggal Dunia

LocalEntertainment
7 Feb 2025 • 11:05 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Roslan Saleh meninggal dunia

Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi bintang apabila pelakon veteran, Roslan Saleh disahkan meninggal dunia pada pagi Jumaat.

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh anaknya, Farahanis Roslan menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam hantaran tersebut, Farahanis turut berkongsi doa agar roh bapanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Innalillahiwainnalillahirajiun, dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya, Roslan Saleh baru saja meninggal dunia sebentar tadi.

Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Netizen titip takziah buat keluarga Roslan Saleh

image is not available

Berita ini mendapat perhatian ramai, termasuk rakan artis dan peminat yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah serta doa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Rata-rata netizen mengenang lakonan serta jasa Allahyarham dalam industri hiburan tempatan.

Pernah hilang penglihatan

image is not available

Untuk rekod, Roslan Saleh atau mesra disapa Pak Lan sebelum ini mengalami masalah kesihatan akibat penyakit kencing manis, yang menyebabkan beliau hilang penglihatan dan sukar bergerak.

Disebabkan keadaan itu, beliau tidak lagi aktif dalam dunia lakonan dan memilih untuk berniaga bagi menampung kehidupan seharian.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Facebook


The post

appeared first on

.