Pelakon Wanita Hadir Ke Mahkamah Syariah, Lagi Pasangan Selebriti Bakal Bercerai?

Entertainment
6 May 2023 • 3:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Memetik laporan Harian Metro, seorang pelakon wanita hadir ke Mahkamah Syariah pada 18 April lalu bagi tujuan menyelesaikan masalah rumah tangga dengan suaminya.

Aktres itu dilihat hadir berseorangan tanpa ditemani si suami yang juga pelakon popular itu.

Memetik sumber, mereka berasa terkejut dengan kehadiran aktres itu kerana beranggapan rumah tangga yang dibina sejak sekian lama dilihat bahagia dan baik-baik saja.

image is not available

Malah, pasangan itu turut dikurniakan beberapa orang anak sepanjang perkahwinan mereka.

Apa yang boleh dikatakan, pasangan ini turut berdepan masalah rumah tangga seperti selebriti lain. Ia ujian buat mereka.

Malah artis ini hadir ke proses sulh sama dengan pasangan Syamsul dan Puteri Sarah pada 18 April lalu.

Pelakon ini difahamkan mencipta nama dalam dunia hiburan sejak zaman kanak-kanak dan bernikah dengan pasangannya pada 2013.

image is not available 2 hari lalu

Tular Video Beriadah Dengan Anak-Anak, Fiza Halim Dan Engku Emran Kini Bercinta?