Pelakon Wanita Hilang Di Arab Saudi Dilaporkan Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

LocalEntertainment
18 Jan 2026 • 6:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Nadia Kesuma, 50, yang dilaporkan hilang di Arab Saudi sejak Khamis lalu, disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Perkhabaran duka itu disahkan oleh anak perempuannya yang dikenali sebagai Myra menerusi platform Threads pada awal pagi tadi, seperti dipetik Utusan.

Advertisement

image is not available

“Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati Binti Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15 Januari 2026, khamis sekitar pukul 8.07 malam.”

“Arwah meninggal dunia disebabkan sakit jantung dan kemudiannya telah dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di lapangan terbang Jeddah.”

“Tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehinggalah malam ini pada pukul 11.10. Berita tersebut disampaikan oleh agensi pelancongan itu sendiri.”

“Terima kasih kepada kalian yang tidak berhenti menitipkan doa buat mama. Mohon doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, diampunkan segala dosanya dan dirahmati Allah,” kongsinya.

Sebelum ini, Allahyarham Nadia Kesuma yang mengikuti rombongan umrah – London – Paris dilaporkan hilang di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz sejak Khamis lalu.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Jeddah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-01-17 20:34:41

Pelakon Wanita 'Lenyap' Di Arab Saudi Dilaporkan Sudah Keluar Dari Jeddah - Tok Mat

The post Pelakon Wanita Hilang Di Arab Saudi Dilaporkan Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.