Pelakon Wanita Popular Didakwa ‘Penyondol’, Bercinta Dengan Suami Orang Berdarah Kacukan

Entertainment
11 Jun 2024 • 2:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru nak reda isu ‘sondol menyondol’ timbul pula cerita panas membabitkan selebriti kita lagi…

 

Pandai sorok

Seorang pelakon wanita popular didakwa sedang hangat bercinta dengan lelaki berstatus suami orang!

Difahamkan, mereka bijak menyembunyikan hubungan cinta tersebut daripada dihidu oleh orang ramai terutamanya peminat dan wartawan hiburan.

image is not available

 

Darah kacukan, wajah tampan

Suami orang yang telah menambat hati pelakon jelita tersebut dikatakan berdarah kacukan dan berwajah tampan.

Tidak dapat dipastikan sudah berapa lama percintaan itu terjalin dan jika isteri pertama lelaki berkenaan tahu tentang hubungan sulit suaminya bersama aktres popular.

image is not available

Isu curang dan ‘sondol menyondol’ ini boleh dikatakan antara topik paling hangat di negara kita memandangkan masyarakat mula menggunakan media sosial untuk mendedahkan tentang kecurangan pasangan masing-masing.

Namun awal tahun ini, isu curang dan ‘penyondol’ menjadi semakin hangat dan heboh satu Malaysia selepas aktres Ruhainies dan aktor Aliff Aziz ditangkap khalwat malah didakwa menjalinkan hubungan cinta sejak menjalani penggambaran bersama.

Siapa agaknya aktres yang bercinta dengan suami orang ni eh…

image is not available 1 month ago

“I Masih Sayang Dia Tapi I Kesiankan My Husband” - Bercinta Dengan Suami Orang, Wanita Mengadu Buntu Nak Akhiri Hubungan Sulit