
Apabila sudah mempunyai ikatan yang sah sebagai suami isteri, pastinya pelbagai perkara perlu diketahui bagi memastikan hubungan yang dijalinkan bersama akan kekal selamanya. Jadi bagi pasangan yang baru menjejaki alam perkahwinan, masih banyak ‘lopong’ yang perlu diisi dalam mencipta kebahagiaan bersama.
Ramai yang beranggapan alam perkahwinan ini sama seperti zaman sewaktu bercinta, tetapi tanggapan itu hanya dibuat berdasarkan cerita gembira yang disiarkan di media sosial. Alam rumah tangga merupakan ‘dunia’ baharu di mana semua perkara perlu dipelajari semula dan paling penting sifat komited harus ditanam dalam diri setiap pasangan.
Dalam memastikan rumah tangga yang dibina kekal bahagia seperti hari pertama, pelakon terkenal Yana Samsudin berkongsi tips di laman Facebook kepada pasangan mengenai demokrasi dan dip;omasi dalam melayari rumah tangga dengan sebaiknya.
Ikuti perkongsian Yana dalam mengekalkan keharmonian rumah tangganya di bawah ini.
Inilah 8 resipi yang Yana kongsikan
Guna diplomasi dan demokrasi dalam melayari rumah tangga dengan sebaiknya.

1. Sentiasa solat berjemaah. Lepas solat, kongsilah doa bersama-sama. Jangan malu. Kalau suami segan jadi imam, belajarlah sama-sama sempurnakan sehari demi sehari. Cantumkan doa kalian supaya sehaluan matlamat dan apa yang kamu minta pada Allah hal dunia dan akhirat. Lepas solat, salam cium tangan dan peluklah pasangan masing masing. Kalau masih nak jaga wuduk, salam lapik pun boleh.
2. Syura – nak dapatkan persetujuan mesti ada syura/mesyuarat. Digalakkan setiap malam seperti “pillow talk” atau paling kurang seminggu sekali. Hal hati ke hati, ekonomi ke, perjalanan esok hari ke atau hal anak-anak dan banyak lagi.
3. Tanggungjawab suami dan isteri, kena tahu tanggungjawab masing masing. Antaranya hal nafkah atau hal-hal lain kena buat tanggungjawab masing masing.
4. Merajuk jangan lama-lama. Jangan biar lama-lama dan cepatlah peluk pasangan jika merajuk. Selepas itu, tanyalah kenapa terasa. Yang merajuk, beritahu sahaja terus-terang apa yang dirasa, simpan-simpan buat apa bukan kita boleh baca fikiran orang lain. Fikiran dan perasaan sendiri pun kadang-kadang keliru, lagilah nak faham orang lain dalam masa yang singkat.
Selepas beritahu merajuk pasal apa tu, kalau betul ada kekhilafan ambil luahan tu dan perbetulkan keadaan pastu jangan ulang kesilapan yang sama. Kalau berulang-ulang benda sama, siapa pun akan menyirap. Cakap maaf, tidak mengapa, saling maaf-memaafkan.
5. Sentiasa peka perubahan pasangan masing-masing. Supaya senang kita nak kenal. Awal tu kena sesuaikan diri sebab baru hidup bersama.
6. Sentiasa tanam sifat nak bantu pasangan. Masing-masing mesti ada perasaan ini. Jangan sebelah pihak sahaja. Berebutlah nak hulurkan bantuan antara satu sama lain.
Nampak suami tercari-cari tanya dan bantu cari. Kalau isteri nak angkat barang tu, suami ternampak cepat-cepatlah bantu angkat dulu. Kalau boleh berebut antara satu sama lain nak bantu.
Paling penting! Suamilah buang sampah kat rumah tu. Orang lelaki ini kudrat kuat. Setkan setiap hari jam 11 malam mesti buang sampah, masa nilah cek rumah sudah kunci ke belum. Cadar tukar berapa hari sekali, tahu siapa yang buat. Jadual cuci bilik air pun kena ada.
7. Berlaku adil pada tempat dan sepatutnya. Sama rata mesti di aplikasikan, isteri perlukan perhatian, kena bercakap antara satu sama lain. Kena dengar sebelah pihak, mesyuarat nak dapatkan keputusan yang adil. Perlu dipersetujui dua belah pihak.
8. Kebebasan, janganlah mengongkong sangat. Suami nak tengok telefon pun tidak boleh, nak keluar pun tidak boleh. Isteri nak ada ‘me time’ tidur siang sekejap pun tidak boleh. Nak terkentut depan pasangan pun tidak boleh.
Maka, inilah sebahagian tips yang saya boleh kongsi. Saya pun dapat dari diri sendiri, mak abah dan gabung pakar pakar psikologi rumah tangga.
Sumber: Yana Samsudin via Facebook
The post Pelakon Yana Samsudin Kongsi 8 Tips Demokrasi & Diplomasi Dalam Rumah Tangga appeared first on Siakap Keli.


