Pelaksanaan e- invois dilanjutkan setahun lagi untuk syarikat dengan nilai jualan bawah RM5 juta

Business & FinancePersonal Finance
5 Jan 2026 • 2:55 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melanjutkan tempoh peralihan pelaksanaan e-invois tanpa penalti selama setahun bagi syarikat dengan nilai jualan RM1 juta hingga RM5 juta, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri juga, bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang baru ditubuhkan, mereka akan menikmati penangguhan cukai perkhidmatan ke atas sewaan selama setahun.

Sebelum ini pengecualian cukai perniagaan adalah bagi perolehan tahunan RM500,000 hingga RM1 juta.

“Kita dengan ini memutuskan supaya dikecualikan atas PMKS dengan nilai jualan tahunan dari RM500,000 ke RM1 juta dan sekarang pengecualiannya sehingga RM1.5 juta,” katanya dalam Perutusan Tahun Baharu 2026, hari ini. 

Anwar turut mengumumkan cukai perkhidmatan ke atas sewaan bagi PMKS akan dikurangkan kepada enam peratus daripada lapan peratus sebelum ini.

Pada Julai 2025, cukai sebanyak lapan peratus itu dikenakan melibatkan sewaan premis bukan kediaman seperti pejabat, gudang dan aset komersial.

“Tentang cukai perkhidmatan ke atas sewaan, ini memang jadi masalah kerana dari kosong naik lapan.

“Setakat ini saya hanya mampu mengurangkan kepada enam peratus dengan kehilangan pendapatan hampir setengah bilion ringgit setahun,” katanya.

Pada Julai 2025, cukai sebanyak lapan peratus itu dikenakan melibatkan sewaan premis bukan kediaman seperti pejabat, gudang dan aset komersial. - 5 Januari, 2025

The post Pelaksanaan e- invois dilanjutkan setahun lagi untuk syarikat dengan nilai jualan bawah RM5 juta appeared first on Scoop.