Pelan Apple Upgrade Dilancarkan – Sewa Peranti Serendah $11.99 Sebulan

TechnologyDigital
29 Jul 2026 • 9:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam pelan langganan Apple Upgrade dilancarkan dengan ia menawarkan sewaan iPhone, iPad, Apple Watch, dan komputer Mac pada harga bermula $11.99 sebulan. Menerusi Apple Upgrade, peranti Apple boleh digunakan dengan bayaran kecil bulanan rendah dalam tempoh 12 hingga 36 bulan bergantung kepada peranti.

Image from: Pelan Apple Upgrade Dilancarkan – Sewa Peranti Serendah $11.99 Sebulan

Langganan paling murah ialah untuk Apple Watch dan iPad dengan bayaran $11.99 sebulan. Untuk iPhone pula bermula $17.99 dan untuk MacBook pula bermula $24.99 sebulan. Model peranti yang ditawarkan ialah siri iPhone 17, Apple Watch Series 11, Apple Watch Ultra 3, iPad Air, iPad Pro, iPad Mini, MacBook Air, MacBook Pro, iMac dan Mac Studio.

Dia akhir tempoh sewaan, pelanggan boleh membeli terus peranti daripada Apple, menaik taraf ke model peranti lebih terkini atau memulangkan semula peranti untuk menamatkan kontrak. Apple Upgrade ditawarkan oleh Apple menerusi kerjasama Klarna dengan ia hanya ditawarkan kepada pelanggan di Amerika Syarikat terlebih dahulu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved