Pelan CelcomDigi RM90 ke atas akan terus nikmati akses 5G percuma sehingga diberitahu sebaliknya

Digital
29 Aug 2023 • 11:51 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pengguna pelan pascabayar Celcom dan Digi RM90 dan ke atas, akan terus menikmati akses 5G percuma sehingga diberitahu sebaliknya. Perkara ini dijelaskan oleh pihak CelcomDigi dengan hanya pelan di bawah RM90 sahaja akan dikenakan caj RM10 untuk akses 5G.

Dalam laporan kami sebelum ini, laman web Celcom dan Digi telah dikemaskini dengan caj RM10 untuk akses 5G tetapi dipangkah, bagi pelan di atas RM90 seperti Celcom mega 98 dan Digi Postpaid 90. Paparan yang sama turut menyebut, promosi ini sah sehingga 2 Oktober 2023.

Selepas kami menerbitkan artikel tersebut, CelcomDigi telah menghubungi kami dan menjelaskan bahawa pelan RM90 ke atas akan terus menikmati akses 5G percuma selepas 2 Oktober 2023. Mereka menjelaskan, promosi masa terhad tersebut hanya untuk 5G Booster bersama data tambahan, yang sah sehingga 2 Oktober 2023.

image is not available

Dalam semakan terbaru, laman web 5G di Celcom dan Digi telah diperbaharui tanpa label RM10 yang dipangkah. Ia juga mengemaskini nota kaki yang menyebut, tawaran internet tambahan sah sehingga 2 Oktober 2023.

Tawaran 5G Booster masa terhad di Celcom dan Digi, menawarkan data tambahan dari RM20 dengan 30GB bagi pelan RM45 ke bawah, RM10 60GB bagi pelan RM60, serta RM10 90GB untuk pelan RM90 ke atas.

image is not available

Bacaan Berkaitan