Pelan Digi Prepaid NEXT 25 Diumumkan – 20GB Pada Harga RM25 Sebulan

TechnologyDigital
7 Dec 2023 • 1:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bersempena dengan ketibaan tahun 2024, CelcomDigi berkongsi beberapa tawaran menarik dan eksklusif buat pengguna setia. Ia merangkumi tawaran untuk pelan internet prabayar baharu, pulangan tunai tambahan dan lain-lain yang tersedia bermula dari sekarang hingga diberitahu kelak.

image is not available

Melaluinya pelan Digi Prepaid NEXT 25 baharu ditawarkan dengan harga langganan RM25 untuk sebulan. Pelan baharu ini menyediakan pas data internet sehingga 20GB sebulan namun hadir dengan FUP (Fair Usage Policy). Ini bermakna kelajuan internet akan dikurangkan selepas mencapai suatu had penggunaan.

Selain itu pengguna turut boleh menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian Digi. Bagi pengguna yang melanggan pembaharuan automatik pula boleh mendapat akses media sosial tanpa had (Tik Tok, Instagram, Facebook, X) dan hotspot 1GB tambahan.

Terdapat juga tawaran masa terhad berupa pulangan tunai RM8 dan hotspot tambahan 88GB disediakan untuk pelanggan Celcom XPAX Prepaid dan Digi Prepaid NEXT 5G. Dalam masa sama pelanggan Digi Prepaid dan Celcom XPAX Prepaid turut boleh mengaktifkan sambungan 5G dengan 5G Booster yang dipertingkatkan.

image is not available

Ia merangkumi 5G Booster dengan kuota 3GB/hari, 9GB /3 hari dan 20GB/seminggu pada harga masing-masing RM3, RM7 dan RM12 berkelajuan sehingga 100Mbps (4G/5G). Terdapat juga Booster 5G eksklusif untuk pelanggan XPAX Prepaid RM32 dan keatas dengan kuota 10GB berharga RM5.

Dengan hanya RM6 pula pelanggan CelcomDigi turut boleh mengakses penstriman video berkelajuan tinggi di platform seperti Netflix, YouTube, AstroGo, Viu dan iQIYI. Pas video ini menawarkan penggunaan sehingga 300GB sepanjang hari dengan tempoh sah laku selama 4 hari.