
Kuala Lumpur, 13 Januari 2025 – Dalam menempuh kehidupan, keadaan dan keutamaan kita berubah, sama ada kita memulakan keluarga atau berkembang maju dalam kerjaya kita. Demi memenuhi keperluan dan keinginan pelanggan untuk mendapatkan lebih perlindungan, Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) telah mempertingkatkan pelan utamanya menjadi lebih daripada sekadar pelan hayat individu. PRUWith You Plus adalah pelan yang fleksibel dan boleh suai, dengan jumlah diinsuranskan meningkat yang menyediakan perlindungan yang komprehensif supaya pelanggan dapat melindungi diri mereka dan memperluaskan perlindungan kepada orang tersayang tanpa kos tambahan.
Satu ciri utama pelan ini ialah ia menangani kebimbangan ibu bapa tentang perlindungan anak-anak mereka. Dengan PRUWith You Plus semua anak dari lahir hingga umur 7 tahun secara automatik layak menikmati perlindungan tambahan di bawah pelan ibu bapa mereka tanpa sebarang kos tambahan dan juga tanpa pengunderaitan. Ini termasuk perlindungan untuk hayat dan penyakit kritikal pada 30 peratus daripada Jumlah Diinsuranskan Asas
“Hidup ini tidak pasti, itulah sebabnya mengapa kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan. PRUWith You Plus berkembang bersama kehidupan pelanggan yang sentiasa berubah, jadi mereka menikmati ketenangan fikiran kerana mengetahui bahawa mereka dan orang tersayang dilindungi walau apa pun yang melanda kehidupan mereka, kata Eric Wong, Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengedaran Perkongsian, PAMB.
Pelanggan boleh menikmati perlindungan meningkat tanpa kos tambahan dengan jumlah diinsuranskan yang akan meningkat setiap tahun sebanyak 1 peratus sehingga maksimum 50 peratus daripada perlindungan. PRUWith You Plus juga meraikan peristiwa penting dalam kehidupan dengan ganjaran tunai RM500 apabila mencapai mana-mana daripada lima pencapaian berikut: mengembara ke 10 buah negara, menggandakan gaji, memiliki rumah, berkahwin atau menyambut kelahiran cahaya mata.
Yang penting, dengan PRUWith You Plus pelanggan boleh menyesuaikan perlindungan mereka dengan rider yang fleksibel, termasuk perubatan, penyakit kritikal, kemalangan dan perlindungan pembayar untuk memastikan penjagaan yang komprehensif untuk mereka dan orang tersayang. Memberikan pelanggan pilihan untuk menyesuaikan polisi mereka supaya lebih menepati keperluan mereka yang berubah-ubah dan memberikan perlindungan tambahan dan jaminan kewangan pada waktu kritikal.
PERLINDUNGAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (“PIDM”) UNTUK MANFAAT YANG DIBAYAR DARIPADA BAHAGIAN UNIT SIJIL/POLISI INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT TERTENTU. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (“TIPS”) PIDM atau hubungi Prudential Assurance Malaysia Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).


![Guru Ini Kongsi Apa itu ‘Popcorn Brain’ Berlaku Kerana Terdedah Pada Tempoh Skrin Yang Lama [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)