
Kota Kinabalu: Hari Wanita peringkat negeri bakal menyaksikan acara pelancaran Buku Pelan Induk Pembangunan Wanita Sabah 10-tahun oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor di Magellan Sutera Resort.
Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) Datuk Dr Tarsiah TZ Taman (gambar) berkata, pelan induk itu akan dilaksanakan mulai tahun depan hingga 2032 dalam pelbagai bidang yang diceburi ramai wanita di Sabah.
Ia akan memberikan hala tuju perkembangan wanita dalam tempoh tersebut.


