Pelan Keahlian Gentari ditawar RM500 lebih murah di EVx 2023

23 Jul 2023 • 7:08 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Berita baik buat pengguna EV yang sering menggunakan rangkaian pengecas Gentari. Ada promosi menarik sedang berlangsung di reruai Gentari EVx Setia City Convention Centre. Di sana, Pelan Keahlian Gentari ditawarkan pada harga RM399/tahun berbanding harga asal RM899/tahun ia adalah RM500 lebih murah berbanding biasa. Perlu diingatkan yang ia terhad kepada 100 pendaftar terawal sahaja.

image is not available

Tidak setakat jimat RM500, Pelan Keahlian Gentari juga layak untuk menyertai inisiatif pengecualian cukai peribadi dalam kategori pembelian, pemasangan, penyewaan, dan sewa beli kelengkapan pengecasan EV dengan pelepasan maksimum RM2,500. Apabila menyertai, anda boleh menikmati pengecasan EV lebih murah di 160 setesen pengecas Gentari di seluruh negara.

Berikut adalah harga yang dinikmati ahli:

  • AC (7kW, 11kW, 22kW) RM0.90/kWh RM0.45/kWh
  • DC (20kW, 30kW) RM1.30/kWh RM0.65/kWh
  • DC (50kW 180kW) RM1.50/kWh RM0.75/kWh
  • DC (350kW) RM1.70/kWh RM0.85/kWh

image is not available

Perlu diingatkan yang kehalian ini ditambat pada akaun JomCharge anda dan hanya boleh digunakan untuk pengecas Gentari sahaja dan bukannya pengecas yang menyertai inisiatif perayauan. Anda juga tak boleh gunakan APP Setel untuk menebus mata Mesra.

Kalau anda berkelapangan, singgahlah ke Setia City Convention Centre pada 23 Julai 2023 untuk cari reruai Gentari di EVx 2023.

image is not available

View Original Article