Akses kepada internet ialah antara hak asasi manusia menurut PBB. Jika anda tinggal di pantai Timur, Tune Talk kini menawarkan pelan baharu Molek25 dengan penawaran data 30GB pada harga RM25. Menerusi pelan ini perkhidmatan internet dapat dilanggan pada harga yang lebih “molek” untuk dompet.

Data 30GB ini dihadkan pada kelajuan 3Mbps sahaja. Selain itu ia juga hadir dengan penggunaan internet, panggilan suara internet, dan chat tanpa had menerusi aplikasi WhatsApp atau WeChat. Molek25 juga membenarkan data digunakan untuk hotspot bagi membolehkan peranti lain turut menikmati sambungan internet.
Pelan Molek25 hanya ditawarkan kepada pengguna di Kelantan, Pahang dan Terengganu sahaja. Untuk tempoh terhad pelan boleh dilanggan pada harga hanya RM20 sebulan. Pelan Molek25 dilancarkan selepas kejayaan pelan Borneo25 pada Mei lalu.
