Pelancaran Kad Prabayar Visa Oleh Touch ’n Go Semakin Hampir

TechnologyDigital
23 Dec 2022 • 8:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
TNG Visa

Touch ’n Go sedia menyatakan sebelum ini, bakal memperkenalkan kad prabayar yang dipautkan kepada baki dompet digital TNG eWallet pada bulan Disember ini. Ia tidak diketahui sama ada kad prabayar berkenaan sempat dilancarkan pada bulan ini atau sebaliknya – tetapi pihak TNG telah dalam fasa persediaan untuknya.

image is not available

Melalui halaman FAQ TNG Digital, ia dilihat panduan dan halaman persoalan berkaitan dengan produk dinamakan sebagai “Touch ’n Go Visa Card”. Walaubagaimanapun, ia masih tidak boleh diakses sepenuhnya.

Touch n Go Visa Card ini dilihat akan dipautkan kepada baki dompet digital – sekaligus membolehkan pengguna berbelanja baki dompet digital mereka di kedai-kedai yang menerima kad Visa.

Melalui laman berkenaan juga, ia dinyatakan pengguna turut boleh mengeluarkan duit melalui ATM yang menyokong pengeluaran wang Visa, sebanyak 5 kali sehari.

Walaubagaimanapun, berdasarkan perbualan kami dengan pihak TNG eWallet sebelum ini, ia dikatakan kad ini tidak akan menyokong pembayaran TNG secara sentuhan. Hal ini adalah kerana kekangan cip NFC yang terhad pada hanya satu pada sesuatu kad – membuatkan tidak boleh menyertakan sokongan PayWave dan juga TNG dalam satu kad yang sama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved