Pelancaran OnePlus Open Dilaporkan Ditunda Kerana Masalah Skrin

TechnologyDigital
2 Aug 2023 • 9:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OnePlus Open adalah nama telefon dengan skrin boleh-lipat pertama OnePlus. Ia sebelum ini dijangka akan dilancarkan secara rasminya pada bulan Ogos dengan rekaan mirip Vivo X Fold2, kamera Hasselblad dan dikatakan berkemungkinan adalah versi global untuk Oppo Find N3 di China. Tetapi mengikut info terkini, ia dikatakan pelancaran OnePlus Open ini kini mengalami sedikit penangguhan.

image is not available

Berdasarkan maklumat yang hadir ke arena web, OnePlus dikatakan menunda pelancaran telefon boleh-lipat mereka ini kerana ingin menukar skrin peranti tersebut. Sebelum ini mereka menggunakan panel skrin BOE dan dikatakan tidak cukup bagus berbanding pesaing lain. Dengan pelancaran ditunda, OnePlus akan menukar skrin mereka ke panel keluaran Samsung yang dikatakan lebih berkualiti.

image is not available

Buat masa ini tarikh pelancaran rasmi masih belum ada lagi. OnePlus Open dijangka hadir dengan skrin dalam 7.8″ OLED, skrin luar 6.3″ OLED, bateri 4800mAh, pengecasan pantas 67W dan mungkin dijana cip Snapdragon 8 Gen 3. Sama-sama kita nantikan informasi lanjut.