Pelancaran Peranti Tecno Spark 20 Pro Di Malaysia Ditangguh

TechnologyDigital
19 Jan 2024 • 1:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti baharu Tecno Spark 20 Pro yang sepatutnya diumumkan secara rasmi semalam telah ditangguhkan ke tarikh lain. Bagaimanapun tiada sebarang alasan atau sebab khusus penangguhan dinyatakan melalui kemaskini bertarikh 18 Januari 2024 yang dimuatnaik melalui laman Facebook rasmi.

image is not available

Sebaliknya ia hanya menyebut disebabkan keadan yang tidak dapat diramalkan, pelancaran produk baharu itu telah ditangguhkan sehingga notis selanjutnya diberitahu. Pada masa sama pihak Tecno memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan sedang aktif menangani isu berkenaan bagi memastikan produk memebuhi standard kualiti sewaktu pelancaran kelak.

image is not available

Butiran mengenai spesifikasi juga belum didedahkan secara khusus. Namun sekiranya sama seperti cersi di Filipina, maka ia boleh dilengkapi skrin IPS LCD sebesar 6.78-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.

Ini digabung juga dengan cip Helio G99, memori 8GB RAM dan storan 256GB untuk tunjang utama. Bateri 5000mAh disertakan menyokong pengecasan pantas 33W, selain turut memuatkan kamera utama 108MP dan swafoto 32MP.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved