Misi ke-10 ujian kapal angkasa SpaceX Starship akhirnya berjaya memenuhi keperluan misi selepas tiga misi yang dilancarkan tahun ini berakhir dengan ianya meletup. Dalam pelancaran yang dilakukan pada jam 7.30 pagi tadi, Starship membawa kargo lapan satelit olek-olok Starlink menggunakan sebuah roket Super Heavy.

Pelancaran misi ujian ke-10 ini sudah ditangguh sebanyak dua kali kerana cuaca tidak sesuai dan isu teknikal sebelum pelancaran. Kali ini, Starship berjaya dilancarkan ke orbit sementara Super Heavy kemudiannya mendarat semula ke bumi di atas permukaan Teluk Mexico. Starship meneruskan misi dan melancarkan lapan satelit olok-olok Starlink ke orbit sekitar 45 selepas dilancarkan.

Antara misi yang akan dilakukan Stargship apabila ia beroperasi kelak ialah melancarkan sehingga 60 satelit Starlink bagi keperluan perkhidmatan internet. Roket Falcon 9 yang digunakan sekarang hanya boleh membawa sehingga 29 satelit sahaja setiap pelancaran.
Selepas itu ia melakukan perjalanan untuk kembali ke bumi dengan ia akhirnya melakukan pendaratan terkawal di atas permukaan Lautan Hindi sekitar 67 minit selepas dilancarkan tari Starbase, Texas. Sungguhpun misi ini berjaya, masih wujud beberapa isu dengan jubin haba dan komponen Starship tertanggal semasa memasuki atmosfera bumi.
