Pelancaran treler filem Keluang Man cetus keterujaan  peminat

LocalMovie
25 Apr 2025 • 9:57 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

TRELER rasmi filem adiwira tempatan yang dinanti-nantikan, Keluang Man dilancarkan pada Rabu, sekali gus mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat dan pemerhati industri hiburan tanah air.

Penerbit Eksekutif Keluang Man yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata menampilkan dunia Keluang Man dalam versi moden ‘live-action’, treler berdurasi lebih dua minit itu memberi gambaran awal terhadap babak penuh aksi, visual sinematik berkualiti tinggi serta nada penceritaan yang lebih gelap dan matang.

“Ia bukan sahaja berjaya membangkitkan nostalgia dalam kalangan peminat asal, malah menarik perhatian generasi baharu yang mula mengenali adiwira ikonik Malaysia ini.

“Pelbagai usaha telah digerakkan sejak tiga tahun lalu untuk memastikan filem ini direalisasikan dengan penuh cermat dan berimpak.