
PETALING JAYA: Seorang pelancong warga asing lemas selepas bot dinaiki karam berhampiran perairan Pulau Timba-Timba di Semporna, Sabah semalam.
Ketua Polis Semporna Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata ketika kejadian mangsa bersama lapan pelancong warga asing lain menaiki bot itu sebelum ia karam pada 10.10 pagi.
Bagaimanapun, polis hanya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan, lapor Harian Metro.
“Mangsa yang meninggal dunia dikenalpasti sebagai seorang lelaki berusia 38 tahun, manakala lapan penumpang bot itu berjaya diselamatkan.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Susulan kejadian itu, polis menahan empat lelaki iaitu seorang warga tempatan berumur 22 tahun dan tiga warga asing berumur 26 hingga 40 tahun untuk membantu siasatan,” katanya.
Katanya, polis akan mendapatkan perintah reman terhadap semua lelaki itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Khadijah Mohd Seruji di talian 019-8718002 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
