Pelancong berang dicaj RM94 untuk 3 biji nanas di Vietnam

Entertainment
30 Apr 2024 • 10:24 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Orang ramai selalu diingatkan untuk berhati-hati apabila melancong ke luar negara kerana ada yang akan mengambil kesempatan seperti mengenakan harga barang atau perkhidmatan yang tinggi terhadap pelancong.

Sebuah video yang tular di platform TikTok baru-baru ini telah menarik perhatian ramai. Video tersebut menunjukkan seorang pelancong wanita warga asing tidak berpuas hati dikenakan caj sebanyak 500,000 Vietnam Dong (bersamaan RM94) untuk tiga biji buah nanas yang dibeli dari seorang penjaja di tepi jalan, di Vietnam.

Dalam video berdurasi 39 saat itu, mangsa menuntut wangnya dikembalikan. Namun, penjaja terbabit enggan menuruti permintaannya, menyebabkan mangsa bertindak merampas beberapa biji buah nanas lain.

https://www.tiktok.com/@tiensigayme.1989/video/7362916796703329568

Insiden itu mengundang perhatian orang awam yang kemudian cuba membantu dan menasihatkan penjaja itu memulangkan wang pelancong berkenaan. Memandangkan keadaan menjadi semakin tegang, penjaja itu akhirnya bersetuju mengembalikan wang tersebut dan pelancong berkenaan terus beredar dari tempat kejadian.

Di ruangan komen, ada netizen memaklumkan perkara itu sudah biasa berlaku dan sememangnya ada segelintir penjaja atau peniaga yang mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang merupakan pelancong luar.

“Di Vietnam mereka selalu scam pelancong yang buat pembayaran menggunakan not besar dan enggan memulangkan baki. Jadi kalau tak nak kena scam, bayarkan guna not kecil,” kata netizen.

Pelancong diingatkan untuk selalu berwaspada dan memahami nilai wang tempatan sebelum melakukan sebarang pembelian untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan. Selain itu, adalah penting untuk memastikan baki yang diterima selepas membuat pembayaran, adalah betul.