Pelancong Berani Halang Lalu Lintas Demi Gambar Cantik Depan KLCC

30 Jul 2024 • 5:22 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Jika anda berkesempatan untuk bersiar-siar di ibu kota, boleh dikatakan jumlah pelancong asing yang datang bercuti ke Malaysia semakin meningkat. Antara lokasi yang sering menjadi tumpuan sudah tentunya Menara berkembar Petronas.

image is not available

Namun, sejak kebelakangan ini, mereka seakan-akan tidak menghiraukan keselamatan diri sehingga sanggup menghalang lalu lintas demi menangkap gambar yang terbaik di hadapan mercu tanda tersebut.

Seorang pengguna TikTok @nadzmio memuat naik sebuah video yang memperlihatkan gelagat segelintir pelancong yang sanggup berdiri di tengah lalu lintas yang sesak dengan kenderaan.

Kelihatan seorang pelancong wanita dalam keadaan terburu-buru mahu memberikan pose yang terbaik ketika di tengah jalan. Sebaik lampu isyarat bertukar hijau, pelancong wanita itu telah dihon oleh salah seorang pengguna jalan raya kerana sudah mengganggu lalu lintas.

Perkongsian video tersebut mendapat reaksi yang kurang senang di kalangan pengguna media sosial dan rata-ratanya sangat berpuas hati dengan tindakan mereka yang mengehon kepada pelancong yang menghalang lalu lintas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved