Pelancong bermain ‘Temple Run’ di Angkor Wat, cetus kemarahan ramai

LocalTravel
30 Aug 2024 • 10:46 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Angkor Wat, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, merupakan kompleks kuil yang megah di Kemboja. Ia mempunyai makna sejarah dan budaya yang besar, kerana mengandungi peninggalan ibu kota berbeza dari Empayar Khmer yang hampir 900 tahun.

Baru-baru ini tular video pelancong berlari dan melompat di lorong-lorong kuil meniru gaya permainan video popular iaitu ‘Temple Run.’ Video tersebut mendapat banyak perhatian di media sosial sehingga meraih jutaan tontonan.

Bagaimanapun, trend ini memang menimbulkan kebimbangan ramai mengenai pemeliharaan dan pengalaman autentik di lokasi bersejarah seperti Angkor Wat.

https://www.tiktok.com/@chiaracontino_/video/7390738615988473121?lang=en&q=temple%20run%20angkor%20wat&t=1724985378274

Permainan Temple Run

Bagi yang tidak mengenali permainan “Temple Run,” ia adalah permainan mudah alih yang dibangunkan oleh Imangi Studios. Dilancarkan pada tahun 2011, ia dengan pantas menjadi fenomena. Objektif permainan ini mudah tetapi mengasyikkan, di mana pemain perlu mengendalikan karekter yang dipilih, berlari melalui medan berbahaya dalam kuil kuno.

Sambil berlari, membongkok, dan melompat, mereka perlu mengelakkan binatang yang mengejar dan menghindari rintangan seperti sisa runtuhan, pokok-pokok kuno dan lubang. Ia adalah perlumbaan menarik melawan masa dan pemain bersaing untuk mendapatkan skor tinggi sambil menikmati keghairahan adrenalin.

Pelihara tapak sejarah

Ada penonton memuji video TikToker berkenaan yang secara tidak langsung menunjukkan kecantikan Kemboja. Tetapi, pihak konservasi dan organisasi telah tampil menyuarakan kebimbangan mereka di mana pelancong akan berduyun-duyun ke lokasi untuk melakukan perkara yang sama.

Malah, perbuatan tidak bertanggungjawab seperti itu akan membebankan pemeliharaan tapak sejarah dan kesejahteraan komuniti setempat. Selain itu, pelancong menjadi obses melakukan video tersebut sehingga mengabaikan peluang untuk menikmati pengalaman autentik. – Agensi

View Original Article